Ibu bapa dan guru prasekolah sering bertanya tentang tahap-tahap perkembangan kerana mereka ingin memastikan bahawa si kecil yang berada di bawah jagaan mereka sedang berkembang dengan baik, terutama sekali untuk ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang pertama.
Oleh sebab mereka belum memiliki pengalaman yang banyak dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan praformal 0-6 tahun, mereka memerlukan banyak panduan untuk mengukur perkembangan cahaya mata mereka itu. Ini adalah antara kegunaan utama pola perkembangan normal.
Pengetahuan tentang tahap-tahap perkembangan juga tentu amat penting untuk para pendidik di institusi prasekolah yang perlu mengasuh dan mendidik kanak-kanak.
[BERSAMBUNG]
SENARAI SEMAK INISIATIF ‘GEMBIRA, SIHAT DAN SEDIA BELAJAR’
(SIRI 3-4 - DIMENSI KEPERLUAN PERIBADI)
Gunakan senarai semak tahap perkembangan utama di bawah jika anda mempunyai anak kecil pada usia awal praformal yang mungkin sudah bersedia untuk ke tabika/tadika. Senarai semak dengan 12 item ukuran ini menggantikan senarai semak 6 item sebelumnya yang telah diterbitkan dalam majalah Pa&Ma, Karangkraf (M). Harap maklum.
* Diadaptasikan daripada penulisan saya di majalah 'Pa&Ma' dan 'Phelps Kindergarten Readiness Scale' PKRS-I (1991) dan PKRS-II (2003). Disesuaikan untuk konteks sosiobudaya pendidikan kanak-kanak 4-6 tahun di rantau Asia Tenggara.
Continue reading "Tahap perkembangan kanak-kanak (developmental milestones) SIRI 3-4" »