"Jika anda dapat membantu anak anda
melakukan sesuatu yang diinginkan tanpa mengira jantina,
maka anda telah menyediakannya untuk mencapai kejayaan!"
Brian Tracy, Perunding Pembangunan Sumber Manusia (dari bab 5, Dunia Si Kecil Kontemporari)
Pix credit: South Korean visual artist JeongMee Yoon (for her 2005 work, The Pink and Blue Projects).
Rajah di bawah datang dari komuniti setempat di FaceBook yang khabarnya mempromosi keibubapaan dan penjanaan keluarga bahagia menurut landasan agama.
Tanpa perlu mempersoalkan kesahihan tips keagamaan (untuk budak perempuan) dalam rajah ini, cuba fikir secara kritis dengan pandangan dunia yang luas tentang tips lain yang diberikan.
Adakah ini panduan yang elok dan tepat untuk membesarkan dan mendidik anak-anak perempuan zaman ini? Atau adakah ini bukti bahawa bukan semua maklumat di dunia maya adalah ilmu yang berguna dan bermanfaat?
BACA entri weblog berkaitan tentang anak lelaki.
KETAHUI identiti wanita dan laki-laki kontemporari.
KETAWAKAN kedangkalan sekelompok manusia di Alam Melayu.
Adakah ini panduan yang elok dan tepat untuk membesarkan dan mendidik anak-anak perempuan zaman ini?
Jawapan saya - Tidak perlu ada perkataan 'zaman ini' dalam soalan. Memang patut isu ini diketengahkan, untuk dikaji semula budaya mendidik anak2 perempuan bukan saja masa kini, malah sepatutnya anak2 perempuan sejak zaman mak kita lagi.
Posted by: Nurulhayati Ilias | Wednesday, April 04, 2012 at 05:07 PM