Bab Empat, Penggal Dua Puluh Lapan
Lelaki sebagai ayah? Biar kaum Aka Afrika tunjukkan caranya!
[Disambung...]
Yang pasti seorang ayah tidak dapat memberi susu badan kepada bayinya yang baru lahir kerana dia tidak mempunyai alat khas yang dimiliki oleh ibu bayi berkenaan (isterinya). Tetapi, selain daripada kekurangan biologi ini lelaki juga boleh menjadi ‘ibu’ yang baik dan mengurus sebuah rumah sambil menjaga kebajikan kesemua ahlinya, jika lelaki itu memiliki kekuatan dimensi sosial dan antara individu.
Sayangnya, masih ada lelaki hari ini yang sudah berkeluarga masih berperangai tidak ubah seperti lelaki prasejarah yang bernama Oog atau Aag. Mereka malas mencuci pinggan dan gelas sendiri setiap kali makan, mereka tidak tahu cara memegang penyapu atau mop lantai, mereka tidak mahu sama sekali untuk mengemas rumah, mereka juga jarang sekali ingin meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara seorang ayah dengan anaknya!
Jika ingin disenaraikan sifat buruk lelaki seperti ini, kita perlukan beberapa lembar kertas lagi. Mereka ini tidak layak untuk memegang gelaran sang neomaskulin kerana dimensi sosial dan antara individu mereka masih lagi berada di tahap kuno.
Continue reading "Peranan bapa mengasuh dan mendidik bayi serta kanak-kanak [3.3]" »