SERTAI komuniti 'virtual' yang sedang bergiat aktif untuk menghubungkan ibu, bapa dan juga para pendidik si kecil yang berusia antara 0-6 tahun di rantau Asia Tenggara... Satu lagi usaha pembudayaan ilmu pengetahuan TeechConsult.com!

*** KLIK di sini untuk menyertai komuniti DUNIA SI KECIL KONTEMPORARI ***
Jadilah sebahagian ahli komuniti kami yang terdiri daripada para guru, pengasuh dan pendidik prasekolah serta ibu bapa dalam lingkungan usia 20-35 tahun yang berusaha ke arah perkongsian ilmu dan pengalaman membesarkan, mengasuh dan juga mendidik 'Si Kecil Kontemporari' 0-6 tahun di negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura!
Continue reading "Sertai komuniti 'Dunia Si Kecil Kontemporari' di FaceBook!" »
Tadika Terbaik Untuk Si Comel?
Airil Haimi Adnan untuk majalah Pa&Ma, kumpulan Karangkraf
ruangan bulanan ‘Pendidikan Pra-Formal', edisi Februari 2006
Tiada hadiah yang lebih berharga dapat diberikan kepada seseorang selain dari pendidikan. Kata salah seorang pemimpin Islam terbilang Ali bin Abi Thalib pula, ilmu pengetahuan yang ditimba dari proses pendidikan dapat menjaga diri seseorang dan tidakkan pernah habis malah semakin bertambah apabila ia digunakan!
Ibubapa yang bertanggungjawab dan memiliki kesedaran tidak akan mengabaikan pendidikan anak mereka, terutama jika anak tersebut masih di usia muda. Anak kecil di tahun dasar iaitu dari saat kelahiran hingga umur enam tahun, perlu diberi pendidikan yang sempurna agar dia dapat berkembang dengan baik.

Continue reading "Dunia Si Kecil Kontemporari: Taska, tabika, tadika terbaik" »
Kanak-kanak adalah pewaris dunia ini yang perlu diasuh, dijaga dan dididik agar mereka membesar dan berkembang sehingga mampu membangunkan diri dan potensi mereka ke tahap optimal. Terlalu banyak untuk dikaji dan diselidik tentang kanak-kanak dan dunia mereka, walaupun akal kita dan kepercayaan umum sering mengatakan bahawa orang dewasa tahu segalanya tentang kanak-kanak.
Pratanggapan dan persepsi yang kabur atau salah tentang dunia kanak-kanak semakin bercambah dan merebak seperti wabak, walaupun dapatan kajian dan penyelidikan semakin memenuhi gedung ilmu manusia sejagat. Budaya dan sistem kepercayaan kuno tentang kanak-kanak ditambah dengan kesan negatif gambaran media massa masa kini serta pendapat segelintir individu yang mendakwa diri mereka pakar pembangunan kanak-kanak memerangkap ahli masyarakat kita dalam suatu kitaran kejam.
Weblog ini mahu mengangkat darjat ilmu pembangunan kanak-kanak setinggi mungkin agar kita boleh mengumpul ilmu terkini, mengubah persepsi kabur, terus membantu tumbesaran sambil menyokong perkembangan dan meneruskan eksplorasi ke dunia kanak-kanak.
Continue reading "Dunia praformal, dunia tahun awal, dunia si kecil 0-6 tahun!" »