Bersama Puan I Subry (FOKUS SOAL-JAWAB ilmu keibubapaan, pendidikan praformal):
1. "Saya ingin bertanya, sekiranya terdapat anak kecil yang berumur lingkungan 2 tahun ke atas tak mau mengikuti apa yang di ajar oleh kita, bagaimana cara untuk tarik minatnya untuk belajar?"
"Bukan apa, saya lihat bukan senang untuk mengajar si kecil kalau ibu bapa tak tau cara sebenar dengan kaedah yang betul dan berkesan."
Pandangan/respons:
Terima kasih atas e-mel Puan dan kerana berkongsi secebis kisah ini. Setiap kanak-kanak terutama yang berumur 0-6 tahun akan mengambil masanya untuk meneroka ruang hidupnya sendiri - termasuklah untuk menerima rangsangan (di sini pembelajaran) dari orang lain di sekeliling mereka.
Banyak yang tergantung kepada personaliti dan tahap-tahap perkembangan peribadi (personal developmental milestones) kanak-kanak berkenaan. Personaliti pula adalah konsep yang anjal dan ia akan berubah sejajar dengan masa dan keadaan, lebih-lebih lagi untuk si kecil praformal 0-6 tahun.
Continue reading "Soal-jawab tentang Dunia Si Kecil Kontemporari Siri 03" »